NADI Mahir Masak Minggu 15
1 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 31 Oktober 2025 (Jumaat), telah diadakan kelas NADI Mahir Masak untuk minggu yang ke-15. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi.
Untuk kelas minggu ke-15 ini, para peserta akan diajar tentang cara pembuatan Popia Big Mac. Para peserta dikehendaki untuk menyediakan sendiri bahan-bahan yang digunakan manakala pihak NADI akan menyediakan peralatan yang digunakan untuk pembuatan popia tersebut.
Diharap kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: